Saturday, Sep 11th

Last update08:22:11 PM GMT

Headlines
Anda di sini: Utama

Sistem Point

Emel Print PDF

Bagi memberi motivasi tambahan kepada pengunjung/ahli team Halaqah-Online, kami menyediakan sistem point yang boleh ditukarkan kepada hadiah-hadiah/wang tunai yang disediakan oleh kami. Ini juga merupakan peluang buat duit bagi mereka yang berminat. Sistem point ini diwujudkan untuk menggalakkan sumbangan dari pengunjung halaqah-online, dan hadiah hasil sumbangan ini adalah sebagai penghargaan hasil usaha pengunjung sekalian.

Anda akan mendapat kelebihan di bawah secara automatik setelah anda mencapai point yang dikehendaki:

  • 200 point : boleh apply untuk menjadi ahli team Halaqah-Online.com
  • 500 point : 10% potongan harga terhadap mana-mana produk yang dijual Halaqah-Online (5 produk sahaja)
  • 1000 point : 30% potongan harga terhadap mana-mana produk yang dijual Halaqah-Online (5 produk sahaja)
  • 5000 point : Upgrade status! menjadi editor Halaqah-Online

Anda juga boleh redeem (tukar) point dengan hadiah yang kami sediakan seperti :

  • Buku-buku yang dijual oleh Halaqah-Online. Jumlah point yang diperlukan bergantung pada jenis buku dan akan diumumkan dari masa ke semasa.
  • 10,000 point : Wang tunai RM50
  • 50,000 point : Wang Tunai RM350
  • 120,000 point : Wang Tunai RM1000
  • Dan lain-lain hadiah yang akan ditawarkan pada sela-sela masa tertentu.

Cara mendapatkan Point :

  • Masuk website Halaqah-Online (on daily basis): 2 point setiap hari.
  • Baca Artikel Halaqah-Online : 3 point setiap satu artikel
  • Komen Artikel Halaqah-Online : 5 point setiap satu komen (jangan SPAM!) Cth SPAM: terima kasih, jzklh, afwan, mohon copy (copy saja smua artikel kami beri izin), smile, ok dll. Komen harus berkaitan dengan topik dan memberi manfaat untuk orang lain.
  • Upload gambar Avatar anda : 20 point (masih dalam pembinaan)
  • Menghantar artikel tulisan sendiri yang diterbitkan (lebih 250 patah perkataan, berkualiti): 15 point satu artikel.
  • Menghantar artikel yang dicopy dan diedit dari website lain yang diterbitkan : 5 point satu artikel
  • Mengajak kawan-kawan untuk register dengan Halaqah-Online (guna sistem ini): 20 point untuk setiap seorang yang mendaftar
  • Meletakkan link Halaqah-Online di blog anda (email pada kami setelah anda meletakkan link di Emel ini sedang dilindungi dari spambots. Anda harus mempunyai JavaScript yang dibolehkan untuk lihat ia ): 100 point

Kupon point Halaqah-Online kepada pengunjung bertuah

Setiap minggu atau pada bila-bila masa, kupon point  Halaqah-Online bernilai di antara 20 point ke 100 point akan diberikan kepada pengunjung-penunjung di ruang Sembang Halaqah-Online. Kupon ini hanya aktif selama satu jangkamasa diantara 10 minit ke 2 jam. Pengunjung yang bertuah bolehlah menambahkan point mereka sekiranya kebetulan mengunjungi Halaqah-Online pada ketika itu.

Penolakan point akan berlaku apabila :

  • Menggunakan kata-kata kasar/ tidak sepatutnya dalam Forum/Komen : -50 point untuk setiap tindakan
  • Melakukan SPAM : Amaran melalui pm buat kali pertama dan -100 point untuk setiap SPAM yang dilakukan berikutnya
  • Melakukan SPAM secara berterusan : Tolak semua point dan terus di bann dari sistem