Welcome Guest ( Log In | Register )

4 Pages V  1 2 3 > »   
Closed TopicStart new topic
> syadid biar bertempat:"antara realiti dan fantasi"
syamil iman
post Nov 27 2009, 06:27 PM
Post #1

Motivated
Group Icon

Group: Member
Posts: 64
Submissions: None
Downloads: 7
Joined: 14-August 08
Member No.: 288

Kemasukan Bahasa Arab kedalam Bahasa Melayu

Dewasa ini, satu anjakkan paradigma telah berlaku dalam usaha memperkembang dan memperbanyakkan kosa kata bahasa ibunda kita yang merupakan bahasa rasmi Melaysia. Jika disingkap kembali lipatan sejarah, pada suatu ketika dahulu, bangsa melayu seolah-olah berkiblatkan barat dalam mencipta istilah-istilah baru yang tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa melayu, kebanjiran prosa kata daripada negara- negara barat yang diaplikasikan dalam pertuturan seharian menyebabkan sebahagian daripada ahli-ahli bahasa telah memelayukan kalimah-kalimah tersebut sekaligus menyerapkannya kedalam kamus-kamus melayu di serata Malaysia.

Namun kini kita seharusnya bersyukur diatas perubahan yang berlaku dalam bahasa ibunda kita. Kiblat bahasa yang dahulunya acap kali diarahkan kearah barat kini telah bertukar arah ke timur tengah. Jika dahulu kebanjiran prosa kata barat seolah-olah limpahan air deras dari empangan yang pecah, sukar dibendung apatah lagi untuk dihentikan , tapi kini limpahan air tersebut dapat dikekang. Penghantaran Mahasiswa-mahasiswa ke Timur Tengah umpama bata-bata ampuh yang dapat menutup segala kebocoran empangan sekaligus membendung kederasan limpahan air tersebut dari terus-menerus keluar dari empangannya. Mahasiswa-mahasiwa tersebut telah berjaya mencari alternatif lain untuk menggantikan pengambilan bahasa-bahasa penjajah kedalam bahasa Melayu kepada bahasa arab. Akhirnya bahasa agung yang dijadikan bahasa rasmi dalam kitab suci Al-quran telah berjaya diserapkan ke dalam bahasa melayu, secara tak langsung berjaya memecahkan dominasi bahasa-bahasa barat yang sebelum ini menjadi sumber utama pengambilan kalimah-kalimah baru dan kalimah-kalimah yang tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu sebelum ini . Impaknya ,walaupun tidak tahu bertutur dengan menggunakan bahasa Al-Quran, akan tetapi dengan perbicaraan yang dijalankan dengan menggunakan bahasa melayu secara tak langsung telah menyebabkan bahasa arab telah diadaptasikan dalam pertuturan seharian masyarakat majmu’ di Malaysia.

Penta’rifan Ringkas Tajuk Perbincangan

Berbalik kepada tajuk asal perbincangan, sebelum penta’rifan secara konseptual diberikan terhadap tajuk diatas ada eloknya jika kita ketahui terlebih dahulu penta’rifan secara literal. Secara umumnya kalimah syadid merupakan salah satu daripada kalimah-kalimah arab yang dimelayukan, ianya dapat diertikan sebagai bersangatan. Realiti pula boleh ditakrifkan sebagai hakikat berlakunya sesuatu perkara, manakala fantasi pula merupakan hayalan semata-mata. Secara konseptualnya tajuk perbincangan kita pada hari ini dapat dita’rifkan: “ Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kita perlu syadid tapi biarlah bersesuaian dengan keadaan semasa, adakah dakwaan ini bertepatan atau bertentangan dengan nilai jati diri seorang muslim?”

Perbezaan Pendapat terhadap “Syadid”

Jika kita cuba selidiki perbincangan-perbincangan semasa berkaitan isu ini maka kita dapat rumuskan terdapat tiga pendapat major terhadap isu tersebut:

1. Syadid merupakan suatu perkara positif yang perlu diterjemahkan oleh setiap muslim didalam segala aspek kehidupan. Apabila kita hanya mengambil pandangan yang syadid, dan syadid dalam urusan seharian maka kita akan lebih selamat.

2. Syadid merupakan perkara negatif yang perlu kita jauhi, apabila kita bersikap syadid ianya akan menyebabkan orang lari daripada kita dan merasakan islam itu agama yang susah. Ini disebabkan majoriti manusia tidak menilai kebaikan sesuatu organisasi atau kumpulan berdasarkan prinsip dan peraturan organisasi tersebut tetapi lebih memandang kepada perilaku ahli-ahli sesebuah organisasi. Seandainya Islam itu digambarkan dengan penganut-penganutnya yang kesemuanya syadid maka orang bukan Islam akan menganggap Islam itu agama yang sukar dan menjahuinya.

3. Syadid ini perlu dipraktikkan dalam sesetengah situasi dan kondisi, akan tetapi perlu dijauhi dalam sesetengah situasi yang lain. Ini bermakna ketika menjalankan tugas sebagai seorang mukmin di muka bumi rabbul I’zzati ini kita sepatutnya bersikap syadid mengikut waqi’ (situasi) waktu tersebut. Ada tempat-tempat yang kita perlu syadid dan ada tempat yang kita tidak boleh bersikap syadid.

Pendapat Pilihan Hatiku

Selepas melakukan timbang tara terhadap pendapat-pendapat tersebut berdasarkan realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam ketika ini, terus terang saya katakan saya lebih cenderung kepada pendapat ketiga sekaligus bersetuju dengan tajuk dalam entri pada kali ini selepas ditentukan jawapannya iaitu “Syadid biar bertempat merupakan realiti bukan fantasi”. Sikap ahli-ahli sesetengah persatuan dan pertubuhan Islam yang syadid tidak bertempat akan menyebabkan masyarakat lari dari dakwah dan tarbiah organisasi tersebut.

Penilaian tersebut tidaklah semata-mata menggunakan akal pemikiran saya, tapi bagi saya ianyanya selari dengan tuntutan islam. Sepertimana sabda nabi: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Istifadah yang boleh kita teladani daripada hadis tersebut ialah kita hendaklah mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu masalah, iaitu tidak terlalu syadid dan tidak terlalu tasahhul(mudah) dalam menerima pendapat dan melakukan sesutautu perkara. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, bukan dalam semua perkara kita perlu syadid, ada tempat yang perlu dan ada tempat yang tidak perlu.

grabbed from : http://as-syazuli.blogspot.com/
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
musafirdamai
post Nov 28 2009, 07:12 AM
Post #2

Poster Baru
Group Icon

Group: Member
Posts: 14
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 7-April 09
Member No.: 916

Assalamu'alaikum...

Bersikap syadid, bukanlah suatu kesalahan. Seperti yang dibincangkan di atas, yang penting biar bertempat. Seseorang yang ingin menjaga ke'waro'kan dirinya, boleh sahaja bersikap syadid. Amat-amat menjaga dirinya dan batasan pergaulannya dengan mengambil pendapat-pendapat yang amat tegas, kerana amat takut untuk melampaui batasan yang dilarang dalam islam.

Tetapi....

Apabila berhadapan dengan orang-orang umum, pastikan kita bersikap pertengahan. Pertengahan bererti memberi pemahaman sesuai dengan kefahaman umum. Pendapat kita di saat itu disimpan dalam diri. Jika kita melihat saudara-saudara kita yang bermanhaj salafi, mereka memilih untuk berpengang dengan pendapat-pendapat yg agak tegas adalah kerana mereka inginkan keaslian dan kebenaran yang sebenar-benarnya. Cuma yang menjadi kesilapannya adalah apabila mereka mengumumkan pendapat mereka di tengah-tengah masyarakat yang fikrah umumnya masih dalam budaya taqlid, bukan budaya ilmu. Perkara yang asing bagi mereka ini akan dipulau dan dimusuhi.

Jadi...

Tajuk Syadi Biar Bertempat ini amat sesuai..

jangan risau untuk bersikap syadid..
tetapi pastikan kita yang benar-benar syadid dengan diri sendiri
Untuk menjaga ketaqwaan
untuk menjaga waro'

tetapi ingat...

kita da'i
permudahkan, jangan mempersulit.

wallahua'lam...
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
mujahid
post Nov 28 2009, 07:19 AM
Post #3

-amanita_muscaria-
Group Icon

Group: Administrators
Posts: 520
Submissions: 1
Downloads: 17
Joined: 24-October 08
From: Jitra, Kedah
Member No.: 368

antara tegas dan keras (syadid).

tegas ialah teguh pada prinsip islam. bukan sekadar akhawat, ikhwah juga perlu tegas dan tidak menggadaikan sesuatu yang telah menjadi prinsip.

mungkin itu syadid yang dimaksudkan penulis artikel di atas. wallahu a'lam.

adapun 'keras' dengan maksud keras secara literal, adalah tidak bertepatan dengan kehendak islam sendiri. kerana islam adalah agama pertengahan:

Aku diutuskan membawa agama al-hanafiyyah as-samha - luas (tidak ketat) dan toleransi. (hadith ni valid, cuma ana cari balik riwayatnya tak ketemu - sapa2 yang tahu boleh sertakan).

Abu Burdah radhiallahu 'anhu berkata: Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa (al-Asy'ari) dan Muaz (bin Jabal) ke Yaman. Baginda bersabda: Mudahkanlah dan janganlah kalian berdua menyukarkan, Gembirakanlah dan janganlah kalian berdua membuatkan orang lari, dan berseia sekatalah kalian berdua. (HR al-Bukhari dan Muslim)

ALLAH menghendaki kemudahan bagi kalian dan tidak menghendaki kesusahan bagi kalian. (surah al-baqarah; 2:185)

jika diteliti ayat di atas, ada unsur taukid atau penguat kenyataan dalam bentuk pengulangan. jika ALLAH menyebut 'ALLAH menghendaki kemudahan bagi kalian' semata2, itu susah cukup dan dapat difahami. tetapi ALLAH mengulang kenyataan tersebut dalam frasa seterusnya; 'dan tidak menghendaki kesusahan bagi kalian.' kerana kedua2 frasa tersebut hakikatnya adalah sama maksudnya secara kontekstual.

contoh sikap 'keras' yang melampau, seperti diceritakan oleh Dr yusuf al-qardhawi, ialah tentang sekumpulan yang menggelar diri mereka ahlus sunnah, begitu keras mengamalkan sunnah sehingga tidak mahu makan di meja dan menggunakan sudu.

contoh lain ialah presiden dhia`ul haq yang begitu keras dalam mengimplementasikan hukum islam di pakistan, sehingga tidak diterima oleh sebahagian rakyat.

biasanya sikap keras adalah berpegang pada prinsip tapi berdasarkan emosi atau kefahaman yang salah.

jika 'keras' yang dimaksudkan ialah mengambil pendapat yang 'berat' antara dua pendapat, ana lebih suka menggunakan istilah yang digunakan oleh para sarjana islam dalam kitab2 turath; rukhsah (ﺮﺧﺻﺔ) dan azimah (ﻋﺯﻴﻤﺔ).

contoh: ketika musafir, ALLAH memberi keringanan (rukhsah) utk tidak berpuasa. tapi dibolehkan juga meneruskan puasa (azimah), dan itu lebih baik jika tidak memudaratkan.

contoh lain yang pernah berlaku pada zaman nabi ialah perbezaan sikap Bilal bin Rabah dan Ammar bin Yasir ketika menghadapi seksaan dari kuffar quraisy. Bilal tetap mempertahankan keislamannya (azimah) dan Ammar menyatakan kekufuran setelah teruk diseksa (rukhsah);

Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (surah an-Nahl; 16:106)

wallahu a'lam. pada pandangan ana, bezakanlah antara tegas dan keras.

--------------------

dari Abu Umamah al-Bahili radhiallahu 'anhu, dari nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sabda baginda:
Tiada sesuatu yang lebih disukai oleh ALLAH daripada 2 bentuk titisan dan 2 bekas; titisan air mata kerana takutkan ALLAH dan titisan darah kerana mempertahankan agama ALLAH. Adapun dua bekas, maka bekas perjuangan fi sabilillah dan bekas menunaikan kefardhuan kepada ALLAH. (HR at-Tirmizi)
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
antamuslim
post Nov 28 2009, 10:24 AM
Post #4

Jundullah
Group Icon

Group: Halaqah-Online WM
Posts: 1,048
Submissions: 3
Downloads: 4
Joined: 1-March 07
From: Bumi Bertuah
Member No.: 1

Yang penting kita belajar islam dengan sebenar-benarnya. pastikan semua amalan berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. insyaallah tiada syadid tidak bertempat (atau sebenarnya bukan syadid). takut-takut kita berlaku bid'ah tanpa kita sedari.

Artikel2 di atas membahaskan syadid dari segi umum. Yang terbaik adalah tunjuk lubang dan beri plaster.
Yang ana lihat yg perlu dibaiki adalah dari segi muamalah dengan manusia, terutama dari kalangan akhwat. Ikhwah juga ada. kerana ana dah terkena beberapa kali yg mana banyak membantutkan kerja dan menyusahkan.

Kita sangka kita sudah menjaga dengan sebenar-benarnya, tapi Islam sendiri tidak mengajar begitu. Lalu ajaran apa yang kita sungguh-sungguh tadi?

--------------------
“Sesungguhnya peluang untuk bertugas mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah. Allah lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati baik hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan yang dikurniakan Allah kepada seorang pendakwah, bukannya bebanan."
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
syamil iman
post Nov 28 2009, 12:53 PM
Post #5

Motivated
Group Icon

Group: Member
Posts: 64
Submissions: None
Downloads: 7
Joined: 14-August 08
Member No.: 288

QUOTE(antamuslim @ Nov 28 2009, 10:24 AM) *

Punca utama ialah sikap masing2 dalam menyampaikan ttg Islam. Jika kita terlalu berkeras masakan orang akan terpikat dengan Islam malah mungkin dicop sombong atau lain2. Jika kita terlalu berlembut orang akan salah faham pula tentang Islam. Tidak kira ikhwah atau akhwat masing2 ambillah peranan. Penting kerana bila kita terjun ke dakwah masyarakat orang tak memandang kita mewakili mana2 persatuan dahulu tapi akhlak yang menjadi perbahasan utama.Di sini pendekatan perlu sesuai dengan objek dakwah.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
songkok
post Nov 29 2009, 01:10 AM
Post #6

Pandang Iman
Group Icon

Group: Member
Posts: 467
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 5-March 09
From: Kelantan Darul Naim
Member No.: 741

QUOTE(antamuslim @ Nov 28 2009, 10:24 AM) *
Yang penting kita belajar islam dengan sebenar-benarnya. pastikan semua amalan berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. insyaallah tiada syadid tidak bertempat (atau sebenarnya bukan syadid). takut-takut kita berlaku bid'ah tanpa kita sedari.

Artikel2 di atas membahaskan syadid dari segi umum. Yang terbaik adalah tunjuk lubang dan beri plaster.
Yang ana lihat yg perlu dibaiki adalah dari segi muamalah dengan manusia, terutama dari kalangan akhwat. Ikhwah juga ada. kerana ana dah terkena beberapa kali yg mana banyak membantutkan kerja dan menyusahkan.

Kita sangka kita sudah menjaga dengan sebenar-benarnya, tapi Islam sendiri tidak mengajar begitu. Lalu ajaran apa yang kita sungguh-sungguh tadi?

antamuslim sudah mula merancakkan perbincangan.

--------------------
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
faza
post Nov 29 2009, 05:34 PM
Post #7

CyberTaz
Group Icon

Group: Member
Posts: 168
Submissions: None
Downloads: 40
Joined: 22-April 07
From: Indah Permai
Member No.: 56

QUOTE(songkok @ Nov 29 2009, 01:10 AM) *

antamuslim sudah mula merancakkan perbincangan.

hoho panas2 teruskan berdiskusi.

duk kt tepi jer rolleyes.gif

--------------------

“...kelelahan kita adalah kumpulan energi-energi untuk melintasi kelelahan-kelelahan berikutnya. Hingga kita tiada pernah lelah lagi... bahkan lelah itu telah lelah dengan sendirinya untuk mengejar kita... semangat akhi !”

User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
anamuslim
post Nov 29 2009, 10:02 PM
Post #8

abu sulha
Group Icon

Group: Halaqah-Online WM
Posts: 265
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 12-March 07
Member No.: 25

QUOTE(faza @ Nov 29 2009, 05:34 PM) *

hoho panas2 teruskan berdiskusi.

duk kt tepi jer rolleyes.gif

dok sebelah faza rolleyes.gif

--------------------
..:: nahnu qaumun a3azzanallahu bil islam...hayya nafdihi birruh wa biddamina ::..
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
antamuslim
post Nov 29 2009, 11:15 PM
Post #9

Jundullah
Group Icon

Group: Halaqah-Online WM
Posts: 1,048
Submissions: 3
Downloads: 4
Joined: 1-March 07
From: Bumi Bertuah
Member No.: 1

Ni sebagai satu cerita yang direka.

Kes 1: Akhwat rasanya banyak orang yang melebel mereka syadid. terutama dari segi pakaian dan pergaulan. Dari segi pemakaian, kalau diri sendiri memakai pakaian seperti itu dan tidak memaksa yang lain, itu bermaksud berpegang pada prinsip dan hal tersebut amat dihormati. Ia akan jadi masalah jika akhwat memandang serong akhwat lain yg memakai tudung tiga segi contohnya. (ini contoh saja, ana tidak maksudkan ianya berlaku).

Kes 2: Seorang akhwat sedang berjalan, menuju ke lif bersama rakan2. Tiba2 terlihat ada sorang ikhwah yang menuju ke lif. Tak jadi akhwat tu naik lif. Sedangkan diwaktu lain tanpa segan silu bersama lelaki lain dalam lif bahkan sampai berhimpit-himpit.

Kes 3: Ikhwah dan akhwat bertembung ditengah jalan. Untuk mengelakkan bertembung, sanggup ambil jalan lain yang jauh utk elakkan pertembungan. Buang masa dan tenaga satu melaksanakan sesuatu yg tidak dianjurkan.

Kes 4: Ikhwah nak pas barang pada akhwat, duit contohnya. Jumpa di cafe, ikhwah terima sms letak duit tu atas meja dan akhwat akan ambil. Ikhwah sampai, akhwat tu tunggu nun jauh di sana. Apa salahnya bagi terus by hand.

Kes 5: Komunikasi semasa program contohnya. Kerana itu kita perlukan ikhwah akhwat yang dah nikah, krn mereka ini lebih profesional dan matang dlm bertindak.

Tiada offence pada siapa-siapa kerana ini adalah masalah individu. Kalau terasa pedas, cari air cepat2. Kerana itu ana menyatakan masalahnya pada muamalah. Tak kira pada orang umum, atau sesama kita. di kalangan ikhwah sendiri banyak mendengar bisikan2 akhwat belah sana syadid, belah sini ok. Kurang enak untuk didengar kerana ia boleh menbawa pandangan dan persepsi yang tidak elok.

Oleh itu gunakan kesempatan ini untuk membaiki. Direct to the point sebab tiada mana-mana individu yang diserang. Kalau sesiapa yang ada masalah obsess pada gender akan mengkritik kes-kes di atas. Ianya adalah umum, berdasarkan pengalaman. itu yang berlaku dan tidak semua, hanya segelintir.

Daripada kita bagi artikel yang umum seperti di atas, mengenai syadid, seharusnya kita tunjukkan apa kaitan artikel tersebut dengan kita? Kita ada masalah syadid, tapi di mana?

Tunjukkan lukanya, berikan ubat dan plaster. Tinggal pesakit samada nak guna ubat atau plaster tersebut.

WA

--------------------
“Sesungguhnya peluang untuk bertugas mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah. Allah lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati baik hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan yang dikurniakan Allah kepada seorang pendakwah, bukannya bebanan."
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
faza
post Nov 29 2009, 11:59 PM
Post #10

CyberTaz
Group Icon

Group: Member
Posts: 168
Submissions: None
Downloads: 40
Joined: 22-April 07
From: Indah Permai
Member No.: 56

QUOTE(antamuslim @ Nov 29 2009, 11:15 PM) *

Kes 1: Akhwat rasanya banyak orang yang melebel mereka syadid. terutama dari segi pakaian dan pergaulan. Dari segi pemakaian, kalau diri sendiri memakai pakaian seperti itu dan tidak memaksa yang lain, itu bermaksud berpegang pada prinsip dan hal tersebut amat dihormati. Ia akan jadi masalah jika akhwat memandang serong akhwat lain yg memakai tudung tiga segi contohnya. (ini contoh saja, ana tidak maksudkan ianya berlaku).

Kes 2: Seorang akhwat sedang berjalan, menuju ke lif bersama rakan2. Tiba2 terlihat ada sorang ikhwah yang menuju ke lif. Tak jadi akhwat tu naik lif. Sedangkan diwaktu lain tanpa segan silu bersama lelaki lain dalam lif bahkan sampai berhimpit-himpit.

Kes 3: Ikhwah dan akhwat bertembung ditengah jalan. Untuk mengelakkan bertembung, sanggup ambil jalan lain yang jauh utk elakkan pertembungan. Buang masa dan tenaga satu melaksanakan sesuatu yg tidak dianjurkan.

Kes 4: Ikhwah nak pas barang pada akhwat, duit contohnya. Jumpa di cafe, ikhwah terima sms letak duit tu atas meja dan akhwat akan ambil. Ikhwah sampai, akhwat tu tunggu nun jauh di sana. Apa salahnya bagi terus by hand.

Kes 5: Komunikasi semasa program contohnya. Kerana itu kita perlukan ikhwah akhwat yang dah nikah, krn mereka ini lebih profesional dan matang dlm bertindak.

hehe toce toce kerana mengungkapkan laugh.gif

QUOTE(anamuslim @ Nov 29 2009, 10:02 PM) *

dok sebelah faza rolleyes.gif

isk nyibuk...syoh ! syoh !

gi duk sbelah zaujah sana tueh blink.gif

--------------------

“...kelelahan kita adalah kumpulan energi-energi untuk melintasi kelelahan-kelelahan berikutnya. Hingga kita tiada pernah lelah lagi... bahkan lelah itu telah lelah dengan sendirinya untuk mengejar kita... semangat akhi !”

User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
songkok
post Nov 30 2009, 08:27 AM
Post #11

Pandang Iman
Group Icon

Group: Member
Posts: 467
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 5-March 09
From: Kelantan Darul Naim
Member No.: 741

QUOTE(antamuslim @ Nov 29 2009, 11:15 PM) *
Ni sebagai satu cerita yang direka.

Kes 1: Akhwat rasanya banyak orang yang melebel mereka syadid. terutama dari segi pakaian dan pergaulan. Dari segi pemakaian, kalau diri sendiri memakai pakaian seperti itu dan tidak memaksa yang lain, itu bermaksud berpegang pada prinsip dan hal tersebut amat dihormati. Ia akan jadi masalah jika akhwat memandang serong akhwat lain yg memakai tudung tiga segi contohnya. (ini contoh saja, ana tidak maksudkan ianya berlaku).

Kes 2: Seorang akhwat sedang berjalan, menuju ke lif bersama rakan2. Tiba2 terlihat ada sorang ikhwah yang menuju ke lif. Tak jadi akhwat tu naik lif. Sedangkan diwaktu lain tanpa segan silu bersama lelaki lain dalam lif bahkan sampai berhimpit-himpit.

Kes 3: Ikhwah dan akhwat bertembung ditengah jalan. Untuk mengelakkan bertembung, sanggup ambil jalan lain yang jauh utk elakkan pertembungan. Buang masa dan tenaga satu melaksanakan sesuatu yg tidak dianjurkan.

Kes 4: Ikhwah nak pas barang pada akhwat, duit contohnya. Jumpa di cafe, ikhwah terima sms letak duit tu atas meja dan akhwat akan ambil. Ikhwah sampai, akhwat tu tunggu nun jauh di sana. Apa salahnya bagi terus by hand.

Kes 5: Komunikasi semasa program contohnya. Kerana itu kita perlukan ikhwah akhwat yang dah nikah, krn mereka ini lebih profesional dan matang dlm bertindak.

WA

ni bukan reka, kisah benar. nanti ana akan tambah perisa lagi, insyaAllah.

--------------------
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
mujahid
post Nov 30 2009, 10:16 AM
Post #12

-amanita_muscaria-
Group Icon

Group: Administrators
Posts: 520
Submissions: 1
Downloads: 17
Joined: 24-October 08
From: Jitra, Kedah
Member No.: 368

QUOTE(songkok @ Nov 30 2009, 08:27 AM) *

ni bukan reka, kisah benar. nanti ana akan tambah perisa lagi, insyaAllah.

ana menanti2kan. benda2 salah memang perlu utk diperbetulkan. smile.gif

kerana itu ada disebut di atas bahawa biasanya sikap keras adalah berpegang pada prinsip diri tapi berdasarkan emosi atau kefahaman yang salah.

--------------------

dari Abu Umamah al-Bahili radhiallahu 'anhu, dari nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sabda baginda:
Tiada sesuatu yang lebih disukai oleh ALLAH daripada 2 bentuk titisan dan 2 bekas; titisan air mata kerana takutkan ALLAH dan titisan darah kerana mempertahankan agama ALLAH. Adapun dua bekas, maka bekas perjuangan fi sabilillah dan bekas menunaikan kefardhuan kepada ALLAH. (HR at-Tirmizi)
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
songkok
post Nov 30 2009, 02:59 PM
Post #13

Pandang Iman
Group Icon

Group: Member
Posts: 467
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 5-March 09
From: Kelantan Darul Naim
Member No.: 741

QUOTE(mujahid @ Nov 30 2009, 10:16 AM) *

ana menanti2kan. benda2 salah memang perlu utk diperbetulkan. smile.gif

kerana itu ada disebut di atas bahawa biasanya sikap keras adalah berpegang pada prinsip diri tapi berdasarkan emosi atau kefahaman yang salah.

harap2nya kes2 yang disebut disini tidak menyinggung perasaan sesiapa, termasuklah zaujah atau bakal zaujah mana2 ikhwah. kita menyebut kes ini untuk perbincangan dan memperbetulkan mana2 kesilapan spt kata mujahid.
kes2 yang telah atau akan disebut boleh jadi telah berlaku bertahun-tahun atau baru sahaja berlaku. Harapnya, kita membetulkan mana silap dan buatlah teguran jika berlaku kesilapan.

Ana tak menyatakan akhwat sahaja syadid, ada juga hal2 tertentu ikhwah syadid, tetapi lebih 'obvious' di kalangan akhwat hingga menyebabkan ikhwah2 tertentu menjadi mangsa keadaan dalam 'kesyadidan' tersebut.

Yassiru wala tu'assiru, mudahkan, jangan mempersulitkan. Juga kita tidak menafikan perlunya menjaga hubungan antara ikhwah wa akhwat. makanya, haruslah berhemah dalam menjaga hubungan tersebut, janganlah hingga menimbulkan fitnah dan merosaknya persepsi masyarakat terhadap dakwah.

inilah yang ingin kami utarakan, persepsi masyarakat menjadi serong terhadap dakwah kerana sikap sebahagian di kalangan kita, sedangkan sebenarnya, persepsi itu boleh diluruskan.

Boleh jadi kes syadid di kalangan akhwat bukanlah menunjukkan majoriti akhwat spt itu, tetapi boleh jadi, sekelompok yang sedemikian menyebabkan label itu melekat hingga ke seluruh perempuan yang bergelar akhawat.

--------------------
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
freshie
post Nov 30 2009, 03:29 PM
Post #14

Inspired
Group Icon

Group: Member
Posts: 119
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 21-July 09
From: Puncak Alam
Member No.: 1,437

Salam. ttg syadid ni ana tertanya2 juga tahap mana yang dikatakan syadid. Mcm cth org luar atau jemaah lain mungkin pandang kita syadid sbb kebanyakan program kita tak campur ikhwah akhwat. Atau contoh lagi, kita elak habis-habisan barangan boikot. Ya mungkin org memandang itu syadid tapi kita rasa itu biasa.
Ana hormati orang yang menjaga sungguh2 apa yg dia rasa patut jaga. Ikut kemampuan dia, takut2 rosak hati kerana benda-benda yang nampak kecil. Who knows? Cuma dalam soal ni, ana sekeras-kerasnya menentang kalau kita membuat hukum baru sbg cth pakai tudung 3 segi itu haram, sms akhwat itu haram, coklat tasneem je halal dsb. (hehe maaf terpromote pulak).
Kesimpulannya, kalau boleh jaga dengan sehabis baik, jagalah. Tp jgn sampai menyusahkan. Tak perlu letak label syadid atau apa2. Taqwa itu yang ingin kita capai. Perumpamaan taqwa itu ibarat kita melalui duri2 yg tajam hingga kita terpaksa jalan dn berhati-hati takut2 tercucuk kaki. Kalau ikut zaman sekarang duri2 tajam mmg sgt byk. Timbang-timbanglah dgn rasional. Toleransikan ikut keadaan.

Wallahu'alam
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
freshie
post Nov 30 2009, 06:41 PM
Post #15

Inspired
Group Icon

Group: Member
Posts: 119
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 21-July 09
From: Puncak Alam
Member No.: 1,437

QUOTE(antamuslim @ Nov 29 2009, 11:15 PM) *

Kes 2: Seorang akhwat sedang berjalan, menuju ke lif bersama rakan2. Tiba2 terlihat ada sorang ikhwah yang menuju ke lif. Tak jadi akhwat tu naik lif. Sedangkan diwaktu lain tanpa segan silu bersama lelaki lain dalam lif bahkan sampai berhimpit-himpit.

Salam. asif, ana nk ulas ckit. ttg cerita rekaan di atas, wpun ia rekaan ana rase taklifan yg dibuat agak tidak adil. (Maaf, jgn ada sesiapa anggap ini suatu ketakpuashatian. Cuma beri pndgn). Secara natural, ana rasa kita akan rasa malu dgn org soleh dgn org alim, org warak dsb. Segan dgn org soleh itu lain drp segan dgn org2 biasa. Ana kasi pndgn ni dr persepsi ana, mungkin xsemua rasa begitu. Jadinya segan dgn org soleh itu petanda bagus. Maknanya dia rasa tahap kesolehan dia lebih rendah dr org soleh tersebut. Dan mengelak dr pertembungan2 kerap sedemikian mungkin juga tujuannya utk jaga iman org soleh itu juga. Ok, let say die dgn lelaki lain xsegan, dgn ikhwah je segan, jgn judge itu sbg hipokrit. Anggap shj dia masih dlm proses memperbaiki diri. Sungguh byk kekurangnnya kita ini! Kamon, bersangka baik dgn tindak-tanduk akhwat yg mcm tu.

Satu perumpamaan, cth seorang ikhwah duduk dgn 2 org wanita dlm 1 lif. Sorang akhwat solehah, sorang lagi mahasiswi yg common pakai baju alang2. Agak2 mana 1 yg mungkin mencabar iman si ikhwah? Heheh. Jwpnnya mungkin berbeza ikut individu. So thats it, bersangka baik. Tp teguran itu juga perlu.

Allah Yang Maha Tahu segalanya. moga2 ana sendiri ambil iktibar. Thread ini bagus!
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
songkok
post Nov 30 2009, 06:49 PM
Post #16

Pandang Iman
Group Icon

Group: Member
Posts: 467
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 5-March 09
From: Kelantan Darul Naim
Member No.: 741

ana dah agak thread ni bakal meletup, sekejap sahaja ikon dari biru jadi merah menunjukkan klik dari user forum terlalu banyak, cuma banyak yang suka tengok dan baca, dan tidak mahu atau segan me'reply'.

QUOTE(freshie @ Nov 30 2009, 06:41 PM) *

Sungguh byk kekurangnnya kita ini! Kamon, bersangka baik dgn tindak-tanduk akhwat yg mcm tu.

Satu perumpamaan, cth seorang ikhwah duduk dgn 2 org wanita dlm 1 lif. Sorang akhwat solehah, sorang lagi mahasiswi yg common pakai baju alang2. Agak2 mana 1 yg mungkin mencabar iman si ikhwah? Heheh. Jwpnnya mungkin berbeza ikut individu. So thats it, bersangka baik. Tp teguran itu juga perlu.

Allah Yang Maha Tahu segalanya. moga2 ana sendiri ambil iktibar. Thread ini bagus!

benar, thread ini diteruskan kerana ingin meneruskan 'sangka baik' ikhwah kepada akhawat. dan selalunya dalam banyak perkara, ikhwah selalu bersangka baik.
marilah ber 'husnuzzon'.

ada perkataan pakai baju alang2. apakah maksud alang2?

--------------------
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
antamuslim
post Nov 30 2009, 07:37 PM
Post #17

Jundullah
Group Icon

Group: Halaqah-Online WM
Posts: 1,048
Submissions: 3
Downloads: 4
Joined: 1-March 07
From: Bumi Bertuah
Member No.: 1

QUOTE(freshie @ Nov 30 2009, 06:41 PM) *

Salam. asif, ana nk ulas ckit. ttg cerita rekaan di atas, wpun ia rekaan ana rase taklifan yg dibuat agak tidak adil. (Maaf, jgn ada sesiapa anggap ini suatu ketakpuashatian. Cuma beri pndgn). Secara natural, ana rasa kita akan rasa malu dgn org soleh dgn org alim, org warak dsb. Segan dgn org soleh itu lain drp segan dgn org2 biasa. Ana kasi pndgn ni dr persepsi ana, mungkin xsemua rasa begitu. Jadinya segan dgn org soleh itu petanda bagus. Maknanya dia rasa tahap kesolehan dia lebih rendah dr org soleh tersebut. Dan mengelak dr pertembungan2 kerap sedemikian mungkin juga tujuannya utk jaga iman org soleh itu juga. Ok, let say die dgn lelaki lain xsegan, dgn ikhwah je segan, jgn judge itu sbg hipokrit. Anggap shj dia masih dlm proses memperbaiki diri. Sungguh byk kekurangnnya kita ini! Kamon, bersangka baik dgn tindak-tanduk akhwat yg mcm tu.

Satu perumpamaan, cth seorang ikhwah duduk dgn 2 org wanita dlm 1 lif. Sorang akhwat solehah, sorang lagi mahasiswi yg common pakai baju alang2. Agak2 mana 1 yg mungkin mencabar iman si ikhwah? Heheh. Jwpnnya mungkin berbeza ikut individu. So thats it, bersangka baik. Tp teguran itu juga perlu.

Allah Yang Maha Tahu segalanya. moga2 ana sendiri ambil iktibar. Thread ini bagus!

ana ada buat perbandingan di atas. maksudnya oleh kerana sebab dan musabab. akhwat memilih utk bersama dgn bukan ikhwah atau ikhwah lebih memilih utk bersama dgn akhwat berbanding dengan orang biasa. alasan, menjaga hati. lalu siapa ikhwah atau akhwat? apa beza ikhwah dan akhwat dengan orang lain? dah tentu mereka ditarbiyah.

Seharusnya dan sepatutnya kita lebih selamat dalam saling menjaga hati kalau bersama dengan ikhwah atau akhwat berbanding orang lain.

kalau tengok baju sama pun dah tergoda, apeke halnya ikhwah tu. tp xtau la kan, kalau ada akhwat pakai tshirt sama mcm ikhwah juga (rasanya bukan akhwat tu).

dan terus di akhir post ana menyatakan hal ini bukan berkaitan gender. anggap sahaja apa yg berlaku pada akhwat, berlaku juga pada ikhwah. ada juga akhwat yg complaint susah nak berkomunikasi dengan beberapa orang ikhwah. nak call susah, nak cakap depan2 x boleh, nak jaga atau malu?. jadi communication breakdown. nak sampaikan sesuatu smua perlu orang tengah.

Ana waktu mula2 ditarbiyah dulu tersibghah jugak dgn sikap keras seperti ini. Dalam otak ni kalau jumpa akhwat adalah satu kesalahan yg besar. Jadi di sini ana yang tak betul. jadi bukan ikhwah x betul, akhwat x betul. saya x betul, saya tak betul. itu sepatutnya

Wah, kejap je view dah 200 lebih. Mantap2. sampai topic starter pun senyap je

--------------------
“Sesungguhnya peluang untuk bertugas mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah. Allah lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati baik hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan yang dikurniakan Allah kepada seorang pendakwah, bukannya bebanan."
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
freshie
post Nov 30 2009, 08:08 PM
Post #18

Inspired
Group Icon

Group: Member
Posts: 119
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 21-July 09
From: Puncak Alam
Member No.: 1,437

QUOTE
ada perkataan pakai baju alang2. apakah maksud alang2?

ow maksudnya asal pakai baju. nk pegi kuliah tibai je tshirt, jeans atau yg seumpama dgnnya. sepatutnya adab menuntut ilmu tu kena pakai baju elok2 (ana mksdkan ini utk perempuan)

QUOTE
kalau tengok baju sama pun dah tergoda, apeke halnya ikhwah tu.

apekah maksudnya dgn ayat ini?

QUOTE
Seharusnya dan sepatutnya kita lebih selamat dalam saling menjaga hati kalau bersama dengan ikhwah atau akhwat berbanding orang lain.

ya itulah harapannya. sbb masing2 faham diri masing2. mslh communication breakdown ni mslh individu. mungkin dgn sesiapa shj dia ada mslh itu. ttg guna org tgh tu ana rasa boleh je, tp kalau smpai tahap susah gile nk bincang kalau gune org tgh elok bincang direct aje. tp pandai2 lah timbang. ada caranya. ada sape2 nk ulas?
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
freshie
post Nov 30 2009, 08:54 PM
Post #19

Inspired
Group Icon

Group: Member
Posts: 119
Submissions: None
Downloads: None
Joined: 21-July 09
From: Puncak Alam
Member No.: 1,437

ana tlg letakkan ayat yg mujahidah89 maksudkan. trime kasih mujahidah

(Al-Hujurat: ayat 12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post
syamil iman
post Nov 30 2009, 10:05 PM
Post #20

Motivated
Group Icon

Group: Member
Posts: 64
Submissions: None
Downloads: 7
Joined: 14-August 08
Member No.: 288

QUOTE(freshie @ Nov 30 2009, 08:54 PM) *

ana tlg letakkan ayat yg mujahidah89 maksudkan. trime kasih mujahidah

(Al-Hujurat: ayat 12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

salam...
afwan kalau topik ni nampaknye menyentuh sensitiviti antunna dan antum. (jika ada) niat ana membuka topik ini bukan untuk menunjukkan kesalahan sesiapa atau mencari lubang untuk di plaster. fikirlah sendiri.. tetapi membuka minda semua untuk berfikir tentang sikap masing2 selama ini.

bacalah betul2 mesej yang nak disampaikan.... cool.gif

tepuk dada

tanya iman

ikhlaskah aku berbuat keranamu ya Allah

tanya diri

adakah sikap aku menunjukkan seorang mukmin yang profesional? syadid aku adakah bertempat?

ana mohon topik ini cukup sekadar memberi maklumat dan kesedaran...bukan seperti yang berlaku diatas.

sekali lagi afwan katsir...

Ya Allah...perbetulkanlah diri ini yang sering membuat kesalahan....

rolleyes.gif rolleyes.gif rolleyes.gif

User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post

4 Pages V  1 2 3 > » 
Closed TopicStart new topic
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Lo-Fi Version Time is now: 1st August 2010 - 04:37 AM